mosque
search

Hukum Membaca Surah Pendek Saat Shalat

Ustadz Muamar Ma'ruf

14 September 2026

Bolehkah shalat sunnah tidak baca ayat pendek, atau wajibkah baca ayat pendek saat shalat sunnah?

Jemaah, yang namanya baca ayat Al-Qur'an ketika dalam shalat selain Al-Fatihah, maka hukumnya sunnah. Jelas ya?

Al-Fatihah-nya wajib, rukun tu. لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ (Tak sah shalat orang tak baca Al-Fatihah), walaupun Al-Fatihah Al-Qur'an juga. Maksud saya tadi surah-surah lain, Qul huwallāhu aḥad, Al-Falaq, itu tak wajib pun. Kalau tanpa itu, sah juga.

Cuma kuranglah kelebihannya, kuranglah fadilahnya. Bukankah Nabi katakan صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي (Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat).

Jadi baca ayat Al-Qur'an, setiap ayat Al-Qur'an yang kita baca: مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا. Siapa yang baca satu huruf daripada Al-Qur'an, maka akan diberikan satu hasanah, dan satu hasanah digandakan menjadi 10. وَلَا أَقُولُ الم حَرْفٌ (Aku tak katakan Alif Lam Mim 1 huruf), أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ. Alif Lam Mim 3 huruf, 30 hasanah, 30 kebaikan. Bukan 30.000 ya, tapi 30 kebaikan.

Jadi, lagi banyak baca ayat Al-Qur'an, lagi bagus. Jadi tak perlu kedekut sangat kita dari membaca ayat Al-Qur'an. Namun kalau kita baca Al-Fatihah saja, tetap sah.

Bacalah ayat Al-Qur'an, kalau tak mampu panjang, buat pendek. Tapi jangan melampau pula pendek, selepas waladhōllīn āāmīn, "Yāsīn", Allāhu Akbar. Uih, kedekutnya!

© 2026 Dakwah Alfian