Konsep Syafaat dalam Islam: Minta kepada Allah atau Nabi?
Ustadz Muamar Ma'ruf
Tapi kita perlu ingat, Nabi memang boleh memberikan syafaat, tapi jangan minta syafaat kepada Nabi. Minta syafaat kepada siapa? Kepada Allah. Karena segelintir kaum muslimin, dia meminta syafaat kepada Nabi. Kita ini jemaah, boleh tak katakan "Isyfa' lana ya Rasulullah"? "Ya Rasulullah, berikan aku syafaat." Bukan minta kepada Nabi, tapi minta kepada Allah, "Ya Allah, izinkan aku termasuk orang yang mendapat syafaat Nabi." Bukan "Ya Rasulullah, berikan aku syafaat."
Nabi tak boleh bagi syafaat tanpa seizin Allah. مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ (Man dzalladzii yasyfa'u 'indahuu illaa bi-idznih). Tak ada orang yang, sesiapa pun yang mampu memberikan syafaat kecuali atas izin Allah.
Apa contohnya? Di dalam hadis yang panjang, cerita hadis tentang telaga Kautsar, yang mana Nabi صلى الله عليه وسلم mempunyai telaga yang barang siapa yang meminum air telaga tersebut, dia takkan lam yazhma' abada, dia takkan merasa dahaga selama-lamanya. Dan aaniyatuhu 'adadun-nujuum, bejana-bejana di sana sebanyak bintang di langit. Kalau sebanyak bintang di langit, maknanya adalah peluang kita untuk dapat, kan gitu?
Ternyata ada satu kumpulan manusia yang tak boleh datang ke telaga tersebut. Nak dekat tapi diusir, nak dekat diusir, nak dekat diusir. Nabi صلى الله عليه وسلم mengadu, "Itu umatku ya Allah." Apa jawab Allah? "Innaka laa tadrii maa ahdatsuu ba'dak." "Hai Muhammad, engkau tak tahu apa yang mereka reka-reka, apa yang mereka cipta-cipta dalam syariat Islam selepas engkau wafat."
Mendengar jawaban itu, Nabi صلى الله عليه وسلم pun murka, سُحْقًا سُحْقًا (Suhqan, suhqan!), "Belah-belah engkau sana! Menjauh engkau!" Nabi صلى الله عليه وسلم padahal sangat-sangat nak memberikan syafaat kepada umatnya, ternyata dia sendiri pun tak boleh bagi syafaat. Sebab apa? Sebab orang tu tak dapat izin daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.